Main My profile Registration Log out Login
Welcome Guest | RSS
Friday
2024-03-29
6:20 PM
Welcome to Putera Faizal Community

 

[ New messages · Members · Forum rules · Search · RSS ]
  • Page 1 of 1
  • 1
Forum » Putera Faizal Santai » Lawak » INTERVIEW LANUN
INTERVIEW LANUN
n0 question here..
1.s0..[ 1 ][100.00%]
2.n0 answer..[ 0 ][0.00%]
Answers total: 1
azura_19872Date: Sunday, 2008-09-07, 9:44 PM | Message # 1
Private
Group: Moderators
Messages: 8
Reputation: 0
Status: Offline
Seorang lelaki yang kudung kakinya,tangannya bercangkuk dan bermata satu hadir dalam temuduga untuk menjadi lanun.

Penemuduga : "Bagaimana kaki kamu boleh kudung?"

Lelaki : "Cedera ketika perang dunia kedua"

Penemuduga : "Kenapa tangan kamu bercangkuk?"

Lelaki : "Terpotong dengan pisau besar!"

Penemuduga : "Mata kamu pula?"

Lelaki : "Suatu hari ketika hujan saya mendongak ke langit lalu ada seekor burung menjatuhkan tahinya ke mata saya.
"

Penemuduga : "Adakah kerana itu mata kamu rosak dan hanya tinggal sebelah?"

Lelaki : "Bukan itu sebabnya,mata saya terkeluar selepas
menggunakan cangkuk utk menyapu tahi itu.
"

eheee


Azura19872 Tiada Lagi Mimpi
 
ilaaulalaDate: Wednesday, 2008-09-10, 10:33 AM | Message # 2
Lieutenant colonel
Group: Moderators
Messages: 118
Reputation: 0
Status: Offline
lailatul qadar..

"Lepas basuh pinggan, ikut Abah pergi masjid," kata Abah separuh
memerintah.

Aku memandang kepada Emak. Emak angguk sahaja. Maksudnya emak mahu aku ikut
Abah solat subuh ke masjid. Jangan melawan.

Nampaknya, aku kena batalkan niat untuk sambung tarik gebar selepas kenyang
bersahur.

Aku bonceng di belakang. Kami tidak pakai helmet. Kopiah sahaja.

Ganjil. Dalam cahaya suram menjelang subuh, aku lihat kubah masjid berada
di tanah. Bukan di bumbung masjid. Ajaib.

Abah macam tidak nampak keganjilan itu. Aku cuit bahu dia dan tunjukkan ke
arah kubah yang berada di tanah. Mungkin kubah itu tengah sujud fikir aku.

"Kenapa?" tanya Abah.

"Lailatuqadar," kata aku dengan jari masih menunjuk kepada kubah.

"Kepala otak engkau. Berapa lama engkau tak ke masjid?"

Tidak pasal-pasal aku kena marah. Rosak pengalaman suci aku ini.

"Diorang tengah renovate masjid la. Bumbung masjid bocor.. pasal tu kubah
tu dorg angkat letak kat tanah..Bodoh," sambung Abah memaki lagi.

Kalau emak ada di sini tentu dia angguk sahaja. Terima sahajalah. Jangan
melawan. Kadang-kadang Abah lupa yang aku tidak duduk kampung lagi. Aku
cuma pulang untuk cuti raya.

Selamat Berpuasa kepada Rakan2 ku semua.....sempena Ramadhan mubarak ini,
ku mohon Maaf segala kekhilafan ku selama ini...jgn lupa posa jangan tuang
plak...
hehehehe


thanks friend with me..ulala...hehehee..^_~

Message edited by ilaaulala - Wednesday, 2008-09-10, 10:34 AM
 
suzyDate: Friday, 2008-09-12, 10:10 AM | Message # 3
Lieutenant
Group: Moderators
Messages: 45
Reputation: 1
Status: Offline
hahahahaha... ila uat lawak...
tawa guling2 niey
 
ilaaulalaDate: Friday, 2008-09-12, 3:01 PM | Message # 4
Lieutenant colonel
Group: Moderators
Messages: 118
Reputation: 0
Status: Offline
uik???..tu tawa ke....protesss tu suzy..
ahak ahak....protes x dapat shoping ke suzy..hehehe.... tongue

Added (2008-09-12, 3:01 Pm)
---------------------------------------------
MALAM YG DINGIN tongue

Di suatu malam yang dingin, di dalam

sebuah bilik yang sederhana besar,

di atas katil...... sepasang suami isteri

yang telah lanjut usia baru masuk tidur.



Suaminya telah mula mengantuk tapi

isterinya terbangkit perasaan ghairah malam itu....


Si isteri bersuara,

"Dulu-dulu tu.... abang selalu pegang tangan saya

bila kita nak tido."

Suaminya dengan separuh sedar, menggenggam tangan

isterinya, lepas tu mula mengantuk semula.


Beberapa ketika lepas tu, si isteri bersuara lagi,

"Kemudian tu.... abang selalu cium saya."

Si suami dengan rasa terganggu, mengangkat kepalanya

dan menyentuh bibirnya ke pipi si isteri.

Lepas tu sambung tido balik.


Selepas beberapa saat, si isteri bersuara lagi,

"Kemudian tu.... abang selalu gigit-gigit leher saya......."

Dengan perasaan marah dan geram, si suami melontar

selimutnya dan bangun dari katil tu.


Si isteri bertanya, "Abang nak gi mana tu?"


Dengan marah suaminya menjawab,

"Nak gi amik gigi ...la ni"

kuang...kuang. ...kuang. ...


thanks friend with me..ulala...hehehee..^_~
 
friendlyjiwaDate: Monday, 2008-09-15, 2:05 AM | Message # 5
Colonel
Group: Moderators
Messages: 216
Reputation: 3
Status: Offline
muwahahahahahah.....

muwahahahahahha....

muwahahahahahah.......

tawa kan ila gulek2 aduh sakit pewot aku..
hahahah..kelako kelako.....


(mangekyou sharingan)

jutsu pemotong guruh(CHIDORI SASUKE)

 
ilaaulalaDate: Monday, 2008-09-15, 11:09 AM | Message # 6
Lieutenant colonel
Group: Moderators
Messages: 118
Reputation: 0
Status: Offline
amboi...gelak kite sampai golek3..ek...fren..babap kang...ahahhaha....
lol :lol: tawa kan fren gulek3..balik..huk4

Added (2008-09-15, 11:09 Am)
---------------------------------------------
MALAM PERTAMA.............. dont ........ shy

Suasana masih riuh di luar. Sanak saudara semuanya berkampung disini. Gelak ketawa, gurau senda jelas kedengaran. Aku memimpin isteriku ke dalam bilik pengantin. Suara-suara sumbang terlalu banyak yang menegurku. "Hai, malam masih muda, dah nak masuk tidur?" sapa Pak Ucu.

"Orang muda bang Aji, biarlah. Air dah penuh kat kepala tu." sahut Pak Tam disambut hilai ketawa sanak saudara yang lain. Meriah sungguh keadaan di luar walau jam sudah menunjukkan pukul 11.00 malam.

Hadiah yang masih belum dibuka ku susun ke tepi. Lampu ku tutup. Merebah diri ke katil pengantin, aku menoleh ke arah isteriku. "Kita tidur dulu lah ya Sayang. Ramai sangat orang kat luar tu." Isteriku hanya mengangguk tanda setuju.

Entah pukul berapa sekarang, aku pun tidak tahu. Keadaan di luar gelap gelita dan senyap sunyi. Tanda sanak saudaraku telah pulang dan keluargaku telah tidur.

Jari jemariku lembut membelai rambutnya. Ku selak rambut ikal yang menutupi telinganya lalu membisikkan "Assalammu'alaikum! " ke telinganya untuk menguji isteriku.

"Wa'alaikummussalam ." Perggh! Rupanya isteriku masih belum tidur!

Ku kucup pipi halusnya. Ku kucup dahinya yang mulus.
Semerbak harumnya menusuk deria bauku.
Akanku tunaikan tanggungjawabku sebagai suami malam ini.
Jari-jemari ini terus membelai tubuhnya.
Perasaanku tidak dapat dikawal lagi...

Yang ini aku tak boleh ceritalah...

Yang ini pun, "Biarlah Rahsia".....

Aku kata tak boleh cerita...

Tiba-tiba,
"Kringggggg. ..."
"Tik..tik..tik. .tik..."
"Kring.. kring..kring. ."

Bunyi-bunyi jam loceng entah dari mana memenuhi ruang bilikku. Terkejut beruk aku mendengar segala macam bunyi yang tiba-tiba saja memekakkan telinga. Aku membuka lampu. Serentak itu, terang benderang seluruh rumahku. Bunyi-bunyi ini telah berjaya membangunkan semua orang di rumahku..

Aku mencari-cari punca bunyi-bunyi itu. Mataku terarah ke satu kotak hadiah yang masih terbalut rapi. Aku buka dengan pantas dan di dalamnya terdapat 8 buah jam loceng!

Pada hadiah itu ada sekeping kad berbunyi:

SELAMAT PENGANTIN BARU
Jangan gopoh-gopoh. ..
Baru pukul 2 pagi.
Janganla maree.. kami potong stim..

Apa yang aku nak cerita lagi? Dah tamat dah cerita ni..


thanks friend with me..ulala...hehehee..^_~

Message edited by ilaaulala - Monday, 2008-09-15, 11:10 AM
 
Forum » Putera Faizal Santai » Lawak » INTERVIEW LANUN
  • Page 1 of 1
  • 1
Search:


 Copyright MyCorp © 2024
Site managed by uCoz