Main My profile Registration Log out Login
Welcome Guest | RSS
Friday
2024-04-26
5:55 PM
Welcome to Putera Faizal Community

 

[ New messages · Members · Forum rules · Search · RSS ]
  • Page 1 of 1
  • 1
Forum » Sembang Agama » Ruang Sembang Agama » tentang hati
tentang hati
ninjaDate: Monday, 2008-10-06, 2:37 AM | Message # 1
Private
Group: Users
Messages: 3
Reputation: 1
Status: Offline
Keajaiban al-Qalbu(HATI)
by cahaya_fisabilillah on Wed Dec 06, 2006 10:40 am

Para-para ulama tidak banyak yg mendalami pembedaan hati dan batas-batasnya dan banyak kesalahan diperbuat oleh org-org bodoh akan perihal hati ini. al-Imam al-Ghazali adalah salah seorang yg telah memantapkan kesefahaman tentang maksud dan keupayaan hati ini.

kata-kata al-Qalbu ini mempunyai 2 pengertian:
1>al-Qalbu(hati jantung) ialah segumpal daging yg berbentuk agak bujur dan terletak di dada sebelah kiri. iaitu segumpal daging yg mempunyai tugas tertentu yg di dalamnya mempunyai rongga-rongga yg di dalamnya mempunyai darah hitam sbg sumber ROH(tenaga batiniah).(organ)

2>al-Qalbu(HATI) dlm sifat yg halus bererti ketuhanan dan rohaniah yg ada hubungannya dgn hati jasmani tadi.(hati sendiri)

>dlm erti kedua adalah hakikat manusia yg dpt mendakap segala pengertian, berpengatahuan dan arif, iaitu manusia yg menjadi sasaran dari segala perintah dan larangan Allah, yg akan diseksa, dicela dan dituntut segala amal perbuatannya(kita sendiri)

a>al-Qalbu dlm erti kedua berhubung erat dgn ilmu mukasyafah( ilmu yg didpt semata-mata dgn ilham Allah, tanpa belajar)

b>mendalami hati dlm hakikat kedua itu mengharuskan terbukannya rahsia roh.(kemampuan yg manusia miliki).
___________________________________________________________________________________________________

Hati itu diibarat raja yg didalam negeri dan anggota tubuh adalah tenteranya dan akal adalah pelaksananya manakala nafsu pula umpama budak kecil yg menyamar sbg penjual epal dan kemudian menyelinap dan mengkhianati kerajaannya dgn apa juga cara.

Ali r.a telah mengambarkan berbagai hati pernah berkata: Bahawasanya Allah s.w.t mempunyai wadah di bumi-Nya, iaitu berbagai-bagai hati, maka mana wadah yg paling disukai oleh Allah? Paling lunak, plaing bersih dan paling kuat? Kemudian dia memberi penjelasan dgn berkata. " Yang palingkuat dalam agama, plaing bersih dlm keyakinan, paling lunak kpd saudara-mara(sesama muslim)

Ini bagus dlm mengambarkan perihal semua umat islam pada zaman sekarang ini ya'ni takut. Perlu diketahui Allah itu mampu mengalahkan sesiapa sahaja maupun seluruh alam semesta ini dlm hanya berkata 'Kun'. Disamping Allah itu berada dimana-mana ya'ni di sisi kita setiap saat lebih drp malaikat rakiq dan atiq. Lebih rapat drp bulu dan kulit. Kekuatan kita adalah kekuatan Allah (walahaulawala kuata Illabillah). Sekiranya Dia(Allah) maukan kita kuat, kita akan kuat. Disamping anugerah yg kita miliki ya'ni hati yg didalamnya mempunyai darah hitam yg menjadi sumber roh ataupun sumber tenaga ya'ni tenaga batin. Apa-apa semangat yg keluar melalui hati. Sama ada kita yakin atau tidak ianya terserah.

1.Paling kuat dlm agama: bermakna itu adalah taqwa(akidah yg mantap ya'ni selalu takut kpd Allah seta yakin Allah Maha Kuat lagi Maha Berkuasa)

2.Paling bersih dlm keyakinan: menyakini bahawa tidak perlu gentar terhadap sesuatu selain Allah kerana tiada daya kekuatan selain drp Allah. Yakin Allah itu akan membantu seperti firman-Nya,

"Mana hamba-Ku yg berdoa kpd-Ku, demi kemulian zat-Ku dan kebesaran-Ku, nescaya akan Aku makbulkan walaupun suatu hari nanti".

3. Paling lunak(kasih) kpd saudara-mara. Kadang kala kekuatan itu datang melalui rasa ingin mempertahankan org yg kita kasihi. Jadi tanamlah kasih kpd Rasulullah yg banyak berkorban sehingga Baginda masih mengungkap "Umatku, umatku, umatku" semasa saat akhir Baginda. Jadi tanam sifat mahu meneruskan perjuangan Baginda walaupun sedikit mana atau sesukar mana sekalipun. Tiada apa yg mustahil atas bumi Allah ini kerana kita beruntukng memiliki Allah sbg Tuhan yg Maha Pengasih lagi Maha Penyanyang.

Wallahu a'lam

Added (2008-10-06, 2:37 Am)
---------------------------------------------
Sabda Baginda Rasulullah s.a.w,
"Dalam umatku ada segolongan mereka yg diberitahu hatinya dan Umar adalah salah seorang drp mereka".

"Muhaddis"- tambah Ibn Abbas.

Demikian perihal Saidina Umar r.a. yg mempunyai keupayaan hati yg begitu hebat. Seperti kisahnya,

Pernah berkata Umar semasa khutbahnya: Wahai pasukan! Naiklah ke gunung! Ketika itu tampak oleh Umar bahwa musuh telah mengepung pasukannya di medan perang, lantas beliau peringkan setelah beliau ketahui kejadian itu. Sampainya suara Umar r.a itu kpd pasukannya di medan perang termasuk keramah yg besar.

. Begitu juga semasa perang badar dan perang-perang besar yg lain ya'ni antara mereka dpt pesanan drp orang yg jauh melalui hati bahawa musuh itu berada di sini di sana. Bukan Umar r.a sahaja malah Ibn Abbas, Abul-Khair at-Tinani(org yg dpt membaca hati org lain/ kekeramatan), Abu Fadal al-Hisyami, Usman r.a, Abu bakar as-siddiq yg mengetahui kandungan isterinya dan ramai lagi semasa zaman Rasulullah s.a.w.

Anas bin Malik r.a pernah bertanya kpd Usman r.a: Adakah wahyu sesudah nabi? jawab usman: Tidak, hanya kecekatan pandangan batin, bukti dan firasat yg benar.

KEbolehan ini boleh juga terjadi drp impian yg benar(bersungguh). kadang kala di kala tidur. Peribadi ini bukan di sebut nabi tetapi "Wali".

Maka brang siapa yg beriman kpd nabi, mengakui impian yg benar, maka tentu dgn pasti ia akan mengakui bahawa hal itu mempunyai 2 pintu: iaitu pintu ke luar yg berupa alat-alat indera dan pintu masuk ke alam malakut dari hati.

Pintu ini adalah pintu ilham, hembusan pada hati dan juga pintu wahyu. kalau ia mengakui kedua pintu ini, maka tidak mungkin ia akan membatasi ilmu-ilmu itu dlm belajar dan langsung melalui sebab-sebab yg biasa(pengalaman), malahan boleh menjadikan mujahadah(menundukkan hawa nafsu) sbg jalan mencapai ilmu.

Firman Allah s.w.t
"Orang yg berjuang utk Kami akan Kami tunjuki mereka itu kpd jalan Kami" (al-Ankabut:29)

Penjelasan seperti itu tidak layak dimliki kecuali dgn ilmu mukasyafah seperti Para Nabi dan Wali. Namun ianya tidak mustahil sekirannya kita meninggikan iman kita terhadap Allah s.w.t.

Wallahu a'lam..


http://www.syariscrewz.tk
 
Forum » Sembang Agama » Ruang Sembang Agama » tentang hati
  • Page 1 of 1
  • 1
Search:


 Copyright MyCorp © 2024
Site managed by uCoz