~~~petua atau tips masakan.. - Forum Main My profile Registration Log out Login
Welcome Guest | RSS
Tuesday
2016-12-06
8:06 PM
Welcome to Putera Faizal Community

 

[ New messages · Members · Forum rules · Search · RSS ]
Page 1 of 11
Forum » Hasil Kerja Tangan » Resipi » ~~~petua atau tips masakan.. (sharekan la petua masakan atau tips2 berkenaan dgn dapur...)
~~~petua atau tips masakan..
missfashaZzDate: Sunday, 2008-09-14, 5:58 PM | Message # 1
Colonel
Group: Administrators
Messages: 232
Reputation: 5
Status: Offline
ok, meh tgk petua ni..mungkin berguna...

SAYUR
#1 - Sayuran kalu disimpan didlm peti ais bberapa hr, kesegarannya akn hilang.Untk mengembalikan kesegarannya, rendam sayur td didlm air yg dicampur cuka selama bberapa minit. Selain mengembalikan kesegaran, cuka juga akn menghilangkan kotoran pd sayur.

CUCI KERANG
#2 - Mencuci kerang mmg susah. Untk itu, masukkan hampas kelapa bersama kerang didlm besen dan gaul bersama sedikit air. Setelah beberapa ketika, kerang akan bersih memutih.

CUCUR KODOK
#3 - Kalu anda inginkan cucur kodok anda lembut setelah dimasak, bancuhlah dengan air suam. Kemudian goreng seperti biasa. Cucur pasti lembut walaupun setelah sejuk.


PERIA
#4 - Peria mmg pahit. Untk menghilangkan pahitnya, potong peria dan rendam didlm air berisi garam halus. lebih kurang 25 minit, sejat dan masaklah peria tadi mengikut resepi anda.


IKAN
#5 - Ketika menggoreng ikan, perap ikan bersama asam gelugur. Kemudian goreng asam gelugur hingga hitam diikuti ikan. Hasilnya, ikan tidak melekat lagi.


TAUHU
#6 - Tauhu akan melekat jika digoreng. Taburkan garam halus pada permukaan atas dan bawah tauhu sebelum digoreng. Hasilnya, tauhu tidak melekat lagi.


 
Forum » Hasil Kerja Tangan » Resipi » ~~~petua atau tips masakan.. (sharekan la petua masakan atau tips2 berkenaan dgn dapur...)
Page 1 of 11
Search:


 Copyright MyCorp © 2016
Site managed by uCoz