Main My profile Registration Log out Login
Welcome Guest | RSS
Thursday
2024-04-25
4:22 PM
Welcome to Putera Faizal Community

 

[ New messages · Members · Forum rules · Search · RSS ]
  • Page 1 of 1
  • 1
Forum » Sembang Agama » Ruang Sembang Agama » Maruah Seorang Wanita (Sekadar renungan bersama..)
Maruah Seorang Wanita
IkmalHakimiDate: Thursday, 2008-09-18, 5:13 PM | Message # 1
Sergeant
Group: Moderators
Messages: 28
Reputation: 0
Status: Offline
Fitrah manusia sememangnya ingin cepat menghukum, mahu segera mencari kambing hitam dalam berhadapan dengan sesuatu permasalahan. Tetapi teori penyelesaian masalah tidak mengizinkan kita mengambil jalan pintas sedangkan latar belakang permasalahan tidak dianalisis.

Dalam menganalisis kes-kes kontroversi mutakhir di negara kita, saya teringat kepada ucapan seorang bapa yang kematian anak gadis remajanya akibat ditembak oleh rakan sebaya secara rambang menyebabkan beberapa orang pelajar sekolah tinggi terbunuh. Beliau mengungkapkan segala kesedihannya di dalam sebuah sajak yang ditulisnya sendiri untuk mengingati anak kesayanganya.

Lumrahnya seorang bapa yang kematian anak dengan rasa yang begitu zalim tentu bersifat ingin membalas dendam atau mencari pembunuh sehingga ke lubang semut. Sebaliknya, di dalam majlis memperingati kejadian tersebut, beliau mempersoalkan mengenai tanggungjawab setiap ibu bapa termasuk dirinya sendiri sehingga melahirkan seorang pembunuh mentah hari ini.

Pembentukan suasana persekitaran yang sihat untuk mencetuskan perkembangan jiwa yang murni hanya wujud dengan peranan ibu bapa seluruhnya. Dalam kontroversi Ning Baizura, setelah berusia 25 tahun, Ning terpaksa bertanggungjawab di atas setiap patah dan ayat yang diberikan kepada majalah FHM, sebuah majalah antarabangsa yang berkonsepkan budaya hedonisme. Ning sudah mencabar maruah Islam. Salman Rushdee dan Taslima Nasreen, kedua-dua orang penulis kontroversi dari kelahiran India dan Bangladesh, mempertaruhkan nyawa sebagai cagaran dengan penghinaan ke atas Islam. Barangkali Ning agak terselamat kerana dunia sebelah sini tidak cukup sensitif dengan penghinaan ke atas maruah Islam? Sesuatu yang perlu disingkap di atas kebiadapan dan keceluparannya membincangkan mengenai sesuatu yang begitu terselindung dalam sebuah institusi perkahwinan yang halal.

Soal maruah cukup besar dalam Islam. Islam amat memelihara maruah seorang wanita. Masalahnya adakah setiap wanita sedar mengenai maruah sebagai perisai kehormatan paling tinggi pernah dimertabatkan kepadanya oleh Allah (SWT)? Kerana itu Imam al-Ghazali telah menggariskan konsep pendidikan Islam di dalam buku Ihya Ulumuddin, proses pendidikan bermula 20 tahun sebelum janin bertapak di dalam rahim ibu. Pemupukan nilai-nilai murni telah mula ditanam semenjak pasangan suami isteri belum diijabkabulkan lagi.

Dalam konteks itu apakah kita sudah berjaya membentuk sebuah kehidupan harmonis bagi anak-anak yang dilahirkan untuk membentuk jiwa jasmaniah dan rohaniah yang sihat.? Bolehkah kita pekakkan telinga kepada kisah empat orang adik-beradik, 10, lapan, lima dan tiga tahun, ditinggalkan sendirian untuk menguruskan kehidupan selama dua minggu di Singapura? Adakah adil bagi anak-anak naif ini melalui suatu fasa kehidupan yang cukup pahit hanya kerana ibu bapa bercerai?


iSMi iKMaL..
uMRi 14 SaNaTaN(2008)..
 
ilaaulalaDate: Friday, 2008-09-19, 10:51 AM | Message # 2
Lieutenant colonel
Group: Moderators
Messages: 118
Reputation: 0
Status: Offline
bagus tu mal bace...hehehe...
mal dh jadi anak yg baik ke.... biggrin

memang dr ajaran ibu bapa yg membentuk anak anak mereka menjadi baik...
pokok pangkal didik kan dr ibu bapa jugak...

kalu ibu bapa jaga tatasisula adat dan kata2 yg kesat...
anak pon jadi baik..

tp zaman skg....mak bapak kalu maki hamun...x pk anak kat sebelah..
sbb tu le anak2 zaman skg dh pandai ckp yg lucah2...babi,setan..mcm2 lagi...
masyallah.....swt.... :'(


thanks friend with me..ulala...hehehee..^_~

Message edited by ilaaulala - Friday, 2008-09-19, 10:52 AM
 
IkmalHakimiDate: Friday, 2008-09-19, 5:58 PM | Message # 3
Sergeant
Group: Moderators
Messages: 28
Reputation: 0
Status: Offline
bkn anak2 lain je..
ila pun same tu..


iSMi iKMaL..
uMRi 14 SaNaTaN(2008)..
 
ilaaulalaDate: Wednesday, 2008-09-24, 10:22 AM | Message # 4
Lieutenant colonel
Group: Moderators
Messages: 118
Reputation: 0
Status: Offline
hehehe ...mal...ila x pernah ckp cam tu...dosa2..t lidah kene potong smile

thanks friend with me..ulala...hehehee..^_~
 
Forum » Sembang Agama » Ruang Sembang Agama » Maruah Seorang Wanita (Sekadar renungan bersama..)
  • Page 1 of 1
  • 1
Search:


 Copyright MyCorp © 2024
Site managed by uCoz