jom kita berpantun hari raya!!! - Forum Main My profile Registration Log out Login
Welcome Guest | RSS
Thursday
2016-12-08
0:20 AM
Welcome to Putera Faizal Community

 

[ New messages · Members · Forum rules · Search · RSS ]
Page 1 of 11
Forum » Putera Faizal Santai » Lawak » jom kita berpantun hari raya!!! (friendly)
jom kita berpantun hari raya!!!
friendlyjiwaDate: Tuesday, 2008-09-23, 12:51 PM | Message # 1
Colonel
Group: Moderators
Messages: 216
Reputation: 3
Status: Offline
uhuhuhuh............

jom kita layan pantun pulak...........pantun hari raya..

Tanpa mengira miskin kaya
Pangkat kedudukan hamba shaya
Sama-sama menyambut raya
Maaf-maafan dihari bahagia

Aidilfitri hari kemenangan
Kejayaan menempuh halangan
Mengenali erti kesenangan
Bagi mereka yang kekurangan

Aidilfitri hari kemaafan
Menghapus kesalahan sesama insan
Memupuk perpaduan sesama ehsan
Mengikat tali keakrapan

Cincin disarung hati berdebar
Jarinan lembut wajah terhias
Ramadan disambut penuh sabar
Aidilfitri disambut dengan meriah

Saidina Affan menyusun kata
Tutur peri yang mulia
Maaf-bermaafan sesama kita
Di Aidilfitri yang mulia

bulan ramadhan bulan yang mulia,
di sambut dengan hati yang gembira,
kini syawal semakin menjelma,
tangan ku hulurkan maaf dipinta…

heroin Hindustan sangatlah cun,
dikenali ramai namanya Kajol,
sayangkan anak beli la mercun
supaya senang dan cepat kojol.
he…he.

baju rayer warne merah,
kepunyaan anak pak rahim,
hari rayer saling ziarah-menziarah,
dapat eratkan hubungan silaturahim.

Ada mata pandanglah keindahan,
Ada mulut berbudilah pertuturan;
Ada hati berilah kesayangan,
Ada salah silap silalah maafkan.

dua tiga kucing beraya,
mana nak sama si badak raya,
empat lima hari lagi nak raya,
banyaknya berita kemalangan jalanraya

malam-malam lihat lampu jalan,
tengok-tengok hantu raya,
hati-hati diatas jalan,
supaya selamat pulang beraya……

miss pasha makan ketupat
abg pejal makan lemang
miss pasha kuat mengumpat,
abg pejal naik bengang...

jangan mawah gurau jer

selamat hari raya.....


(mangekyou sharingan)

jutsu pemotong guruh(CHIDORI SASUKE)

 
ilaaulalaDate: Wednesday, 2008-09-24, 11:15 AM | Message # 2
Lieutenant colonel
Group: Moderators
Messages: 118
Reputation: 0
Status: Offline
perut sakit masuk angin...
puasa penuh tak pernah buang..
budak atas tu pandainye dia berpantun..
puasa penuh ke t x leh raya kang...
huk...huk...huk

membawa berangan ke rumah si mutu...
untuk membuat ramuan kuih bahulu..
adakah budak atas tu tolong mak buat bahulu..
tak kan makn je tau....
ku..ku..ku..ku

nk balik kampung sambut beraya..
menyambut dengan sanak saudara...
pandulah kereta dangan bijaksana..
agar bisa selamat menyambut berhari raya..

pergi baraya ke rumah mak dara..
hajat nk dapat duit raya..
abis semua kuih di jamahnya..
ingin mengucap SELAMAT HARI RAYA...

SELAMAT HARI HARI HARI RAYAAAAAAAAAAA biggrin


thanks friend with me..ulala...hehehee..^_~
 
puterafaizalDate: Monday, 2008-10-06, 4:42 PM | Message # 3
Admin
Group: Administrators
Messages: 24
Reputation: 2
Status: Offline
Tuanku pun bertanya kepadanya : "sampai mana pulak tahap malas awak?"

maka jawabnya : "Kalau saya makanpun, sampai ada orang tolong kunyahkan".

Maka raja pun terdiam.....
Tanpa disangka2 datang seorang budak lelaki datang kepadanya sambil berkata:

"saya adalah yang paling malas tuanku".

Raja pun bertanya: "bagaimana pula tahap kemalasan awak?"

budak itu pun menjawab : "Nak cite pun malas". biggrin

 
missfashaZzDate: Monday, 2008-10-06, 8:59 PM | Message # 4
Colonel
Group: Administrators
Messages: 232
Reputation: 5
Status: Offline
ohhhhhhhhhhhhh..!!
sini berpantun ek...

anak kambing dlm kandang
kandang di letak di daerah Tumpat
aiseh ni yg nak buat aku meradang
sesuke hati je cakap aku kuat ngumpat

bunga mawar jd hiasan
jadi hiasan si rumah syamin
aiseh x abis2 bunga mawar tu nak jd perhiasan
jangan dok depan pc je SYAMIN..

pantun ini didedikasikan kepada JIWA.



 
Forum » Putera Faizal Santai » Lawak » jom kita berpantun hari raya!!! (friendly)
Page 1 of 11
Search:


 Copyright MyCorp © 2016
Site managed by uCoz