Main My profile Registration Log out Login
Welcome Guest | RSS
Tuesday
2024-03-19
5:23 PM
Welcome to Putera Faizal Community

 

[ New messages · Members · Forum rules · Search · RSS ]
  • Page 1 of 1
  • 1
Forum » Putera Faizal Komuniti » Isu Semasa » Murid hilang kali ketiga (Kes Hilang Lagi????? Hemmmm)
Murid hilang kali ketiga
Pu3aDiWaRNaDate: Sunday, 2008-09-07, 4:13 PM | Message # 1
Lieutenant
Group: Moderators
Messages: 70
Reputation: 3
Status: Offline
Quote

JASIN: Kehilangan Muhamad Aris Abu Bakar, 12, selepas kali terakhir dilihat menonton televisyen di ruang tamu rumahnya di Kilometer 10, Kampung Pengkalan Badak, dekat sini, pada pagi 28 Ogos lalu, masih menimbulkan tanda tanya.

Kehilangan murid Sekolah Rendah Kebangsaan Tehel itu bukan kali pertama dan kejadian terbaru itu yang ketiga. Bagaimanapun dalam dua kehilangan terdahulu, dia ditemui beberapa hari kemudian.

Keanehan timbul apabila Muhamad Aris sering bercerita mengenai seorang ‘nenek’ yang ditemuinya tiga bulan lalu, tetapi tiada seorang pun di kalangan adik-beradiknya yang seramai 13 orang pernah melihat atau tahu di mana ‘nenek’ itu tinggal.

Ibu kanak-kanak berkenaan, Zainab Suratin, 47, berkata mereka sekeluarga puas mencari Muhamad di merata-rata tempat, tetapi masih gagal menemuinya.

Katanya, anaknya pendiam dan ini pasti menyukarkan orang ramai yang menemuinya untuk mendapatkan maklumat mengenai tempat tinggal atau ibu bapanya.

Menurut Zainab, dia menyedari anaknya hilang ketika ke ruang tamu untuk menjenguk anaknya yang menonton televisyen bersendirian pada hari kehilangannya.

Katanya, anaknya dipercayai keluar melalui pintu depan yang tidak dikunci.

“Saya pula terlupa untuk mengunci pintu jeriji depan dan menyebabkan anak saya boleh keluar.

“Ketika menghilangkan diri, anak saya memakai kemeja-T berkolar merah biru, berseluar denim biru, memakai topi merah biru serta berselipar,” katanya.

“Saya berharap sesiapa yang menemui anak saya akan segera menghubungi kami di talian 013-6102844 atau 06-2689617 ,” katanya.

Harian Metro sebelum ini melaporkan kehilangan Muhamad Aris pada 4 Ogos lalu tetapi ditemui semula 12 kilometer dari rumahnya oleh seorang kakitangan resort yang memaklumkan polis.

SUMBER : Harian Metro

ish ish......makin menjadi2 lak....
di manakah tanggung jwb ibu bapa skrg ek????
huhuhuhu kekdg pu3 tgk....suka suki jek family izinkan anak2 kuar seorg diri
hemmmm......


[img]http://i107.photobucket.com/albums/m292/lovelynaeimy/Animated%20Album/cooltext402938367.gif[/img]
 
friendlyjiwaDate: Sunday, 2008-09-07, 6:36 PM | Message # 2
Colonel
Group: Moderators
Messages: 216
Reputation: 3
Status: Offline
itu lh yang dikata kan kecuaian oleh ibubapa masing2!!!tapi kita x buleh nak kata apa benda dh nak jadi kan,jadi kita kena lebih berhati2 lagi dan peka tentang masalah sekarang ni..saya pon kesian tengok budak banyak hilang sekarang,penjenayah sekarang ni dah mencabar pihak berkuasa>>>>

(mangekyou sharingan)

jutsu pemotong guruh(CHIDORI SASUKE)

 
lelamanjaDate: Tuesday, 2008-09-09, 1:13 AM | Message # 3
Private
Group: Checked
Messages: 6
Reputation: 0
Status: Offline
ish2..
sian bebudak ni yg ilang ni..nauzubillah..jgn la jd kat anak2 lela..
zaman skrg ni sian tgk bdk2..x leh nak bebas macam mase kecik2 lela dulu..bdk2 skrg ni terperuk jek kat umah...tu yg bile dh remaje nak kuar aje dr umah. pastu bebudak ni salahkan makayah katenye mengongkong sgt..
tp die x tau betape sygnye makayah die kat anaknye...bila la remaje2 ni nak sedaq ekk...
tuhanku peliharalah anak2 di seluruh dunia ini dari kejahatan dan kezaliman dunia dan akhirat..semoga2 anakku menjadi anak2 soleh dan solehah...
amin ya rabbil alamin


salam...idup mesti ceria.....ati mesti mude..
 
missfashaZzDate: Thursday, 2008-09-11, 7:19 AM | Message # 4
Colonel
Group: Administrators
Messages: 232
Reputation: 5
Status: Offline
bebudk sekarang teradvance..huhuiii
nak kate bebas sgt..ai x setuju seratus peratus
nak salahkan mak yoh pong kawe tok setuju weii.
mesti ade faktor lain yg terlibat tu..

tapi pokok pangkalnye...kaji keadaan sekeliling dulu...bisa ngaak?

*asik2 mak bapak je disalahkan..nmyampah angry *



 
devilwearspradaDate: Saturday, 2008-09-13, 6:21 AM | Message # 5
Lieutenant
Group: Moderators
Messages: 45
Reputation: 2
Status: Offline
hahaha..fashaz..nyampah lak ekau ek..kuang3.. mak bapak tak leh disalahkan gak..kadang anak2 tu yang degil tak makan saman tegur pun... haishh..dua2 pihak kena laa sentiasa berhati2....apa la nak culik budak2..culik laa ayam ke itik ke kambing ke..

 
missfashaZzDate: Friday, 2008-09-19, 7:57 PM | Message # 6
Colonel
Group: Administrators
Messages: 232
Reputation: 5
Status: Offline
bill, culik ayam??
huhuhuh..
memang tul kekadang sikap anak tu..huhu ade ke patut??


 
friendlyjiwaDate: Friday, 2008-09-19, 10:20 PM | Message # 7
Colonel
Group: Moderators
Messages: 216
Reputation: 3
Status: Offline
ntah lah ek.....benda nak berlaku,jadi kita tak boleh nak wat apa
yang penting kita semua kna berhati-hati , apatah lagi kes bebudak asyik hilang jer....
kes tembak menembak dah mcm pekan koboi..
ada jer kes kematian,,,tak sampai sebulan ada jer kes baru..
apa pon kita serah pada pihak yang berkuasa kan..
syabas sang saka biru....


(mangekyou sharingan)

jutsu pemotong guruh(CHIDORI SASUKE)

 
Forum » Putera Faizal Komuniti » Isu Semasa » Murid hilang kali ketiga (Kes Hilang Lagi????? Hemmmm)
  • Page 1 of 1
  • 1
Search:


 Copyright MyCorp © 2024
Site managed by uCoz